Thursday, November 27, 2008

jom main tepung...

salam semua...

lama rasanya x jenguk kat bog ni..hmmm da stat cuti sekolah ni agak2 ke mana yer? ktrg plan macam2 nak g, hujung mggu ni nak g PD, mggu depan nye sepupu kahwin, seminggu pastu g johor kat batu pahat lak, then nak g plak tempat sejuk, nak petik buah strawberi...wahhh x sabar rasanyer. Jom jalan jalan...cam maria tunku sabri lak ..hehe

kali ni x nak tunjuk projek kek atau biskut dalam entri ni cuma nak ajak kekawan try resipi KEK DRAGON FRUIT. Dapat dalam majalah Harmoni. Actually tak try pun ag ...tp resipi ni ciptaan chef farid sure menarik n sedap kan. so kekawan try la buat nanti bg feedback yer..

KEK DRAGON FRUIT

Bahan-bahan :-
250 gm sponge mix kek
4 biji telur
50 ml air perahan dragon fruit
250 gm dragon fruit (dihancurkan)
50 ml minyak masakan ( minyak jagung cthnya)
250ml fresh cream

caranya :-
1. Adunkan sponge mix, telur dan air perahan dragon fruit hingga kembang (high speed)
2. Kemudian masukkan dragon fruit dan adun hingga sebati ( medium speed je)
3. Akhir sekali masukkan minyak masakan. Adun seketika je.(low speed)
4. Masukkan doh dalam acuan, bakar selama 180 C selama 20 minit pertama. (?? ayat x habis ...agaknya pastu turnkan sikit suhu kot?? 170 C ??bakar g sampai masak.)
5. potong kek kepada 2 @ 3 lapisan*.Kemudian da masak hias ngan fresh cream yang da dipukul. letak sikit buah dragon kat atas kek sebagai hiasan.

* campurkan hirisan buah dalam fresh cream sebagai lapisan kek.


SELAMAT MENCUBA!!!

Fitness Tip of the Day